OPAR: Kerja-kerja projek pembinaan Jambatan Selampit kini sudah bermula dalam menambahkan lagi ketersambungan di kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata perahu tambang yang baru telah disediakan bagi kegunaan penduduk kampung untuk menyeberang Sungai Selampit sementara memunggu pembinaan jambatan tersebut.
"Perahu baru kedua akan sampai pada April kelak," katanya demikian ketika berucap dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Zon 2 Bokah yang diadakan di Kampung Selampit baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat bersabar dengan segala perancangan projek pembangunan yang kerajaan sediakan atas beberapa kelewatan.
Dalam majlis tersebut, beliau nengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk kerja-kerja menyambung perparitan sedia ada hingga ke Sungai Selampit.
Beliau turut mengumumkan tambahan RM10,000 kepada Persatuan Bahai Kampung Selampit untuk sambutan Malam Narus yang disambut oleh penganut Bahai pada hujung bulan Mac di Dewan Kampung Selampit. -EDISI UKAS