Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri Kembali Mei Ini
MIRI: Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri (MCIDSFT) ke-13 bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025.
Menariknya, penyertaan pemancing dari pelbagai negara dan menjadikan Miri sebagai destinasi utama sukan memancing laut dalam.
Majlis pelepasan rasmi akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada 20 Mei nanti.
Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan memancing, tetapi juga untuk menggalakkan penyertaan seramai 100 pemancing.
Di samping itu, ia dijangka merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan melalui peningkatan jumlah pelawat serta aktiviti berkaitan.
Dengan pelbagai persiapan yang sedang dijalankan, MCIDSFT 2025 dijangka menjadi acara yang ditunggu-tunggu dan penuh cabaran.-EDISI UKAS