KUCHING: Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Jawatankuasa Biro Agama PBB Satok meneruskan program Jelajah Ramadhan dan Ihsan Ramadhan 2025/1446H di Surau Al Tawahhud, Kampung Segedup Rimba pada Selasa.
Program ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyampaikan sumbangan kepada 15 penduduk kampung daripada golongan asnaf.
Dato Ibrahim menyatakan bahawa sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada amalan bersedekah dalam bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.
Selain itu, program ini juga menjadi platform bagi beliau menyantuni penduduk setempat dan mendengar sendiri keperluan mereka.
Dalam majlis sama, Dato Ibrahim turut menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Al Tawahhud, Lawrence Abdullah, dengan disaksikan Pengerusi Biro Agama PBB Cawangan Satok, Sarbini Bujang.-EDISI UKAS