60 Penerima Sumbangan Asnaf Disampaikan Dalam Ziarah Ramadan & Tanggungjawab Sosial Bersama ADUN Sebuyau
SEBUYAU: Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, satu program Ziarah Ramadan dan Tanggungjawab Sosial telah dianjurkan bagi menyantuni golongan yang memerlukan serta mengukuhkan semangat kemasyarakatan.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan memerlukan sepanjang Ramadan serta menzahirkan rasa kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
Penyampaian bantuan asnaf yang berupa bakul makanan serta wang tunai dan seterusnya penyampaian agihan bubur pedas kepada 60 penerima telah disampaikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi.
Penduduk yang menerima sumbangan menzahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Bantuan ini sangat bermakna dalam meringankan beban mereka di bulan Ramadan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pegawai- pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, dan penduduk setempat. -EDISI UKAS