ADUN Murum Sertai Program Gotong-Royong Mendirikan Salib Paska 2025 Di Sungai Asap
SUNGAI ASAP: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon turun padang menyertai Program Gotong-Royong Mendirikan Salib Paska 2025 Zon Paroki Holy Cross Sungai Asap pada Sabtu.
Turut bersama dalam program ini ialah wakil Gereja RC St. Luke Uma Belo Rev. Monsignor Fr. Joseph Ding, para ketekis serta para Umat Paroki Holy Cross Sg. Asap.
Dalam ucapan ringkasnya, Kennedy bersyukur kepada Tuhan kerana kerja-kerja mendirikan Salib Paska 2025 ini telah berjalan dengan lancar kerana pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dan bekerja keras menjayakan program tersebut dan berharap Paska 2025 diraikan dengan penuh keberkatan. - EDISI UKAS