Mohamad Shafizan Teguh Bantu Rakyat, Sampaikan Sumbangan kepada Golongan Memerlukan Sebuyau
SEBUYAU: Program ‘Ziarah Kasih Santuni Rakyat’ anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid bersama Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar berlangsung dengan penuh jayanya, diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen, Mohamad Shafizan Kepli.
Dalam majlis berkenaan, beliau telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 50 penerima daripada golongan yang memerlukan.
Tindakan beliau bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan komitmen tulen dalam membantu meringankan beban rakyat.
“Saya bertekad untuk terus bersama rakyat, menyantuni mereka dengan pendekatan mesra dan inklusif,” kata beliau dalam ucapannya padaJumaat.
Beliau turut menegaskan bahawa program seumpama ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen Batang Lupar, agar tiada komuniti yang tersisih daripada arus pembangunan dan perhatian.
Lebih menarik lagi, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra serta mendengar sendiri luahan dan pandangan penduduk, membuktikan pendekatan kepimpinan beliau yang bersifat mendengar, menyelami dan bertindak demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Masyarakat Kampung Tungkah Melayu, Rahman Enggoi; Ketua Masyarakat Kampung Tungkah Melayu Hilir, Hamda Piee; dan Penyelia Kanan KEMAS Batang Lupar Kawasan Sebuyau, Yaman Madian. -EDISI UKAS