Pelajar Cemerlang SPM 2024 SMK Lopeng Tengah Terima Insentif
MIRI: Seramai sembilan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari Sekolah Memengah Kebangsaan (SMK) Lopeng Tengah, di sin diraikan menerusi Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang yang berlangsung di sekolah berkenaan pada Khamis.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas usaha menganjurkan program berkenaan sebagai acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelajar.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima insentif yang meraih kecemerlangan dalam tahun 2024.
“Teruskan perjuangan anda di arena seterusnya. Hari ini merupakan hari istimewa buat anda sendiri, malah ibu bapa serta warga sekolah,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus mendidik pelajar, selain mengiktiraf peranan ibu bapa dalam memberi motivasi dan membentuk sahsiah anak-anak.
“Pencapaian akademik yang cemerlang ini adalah hasil benih kegigihan yang ditabur. Seperti kata Paulo Coelho, hidup itu seperti taman – apa yang kamu tabur, itulah yang kamu tuai.
“Paulo Coelho mengatakan ‘Hidup itu seperti taman, apa yang kamu tabur, kamu tuai.’
“Pencapaian kecemerlangan dalam bidang akademik yang anda raih ini jelas menunjukkan benih kegigihan yang telah anda tabur membolehkan hasil kejayaan berjaya dituai seterusnya membuktikan kebolehan diri anda untuk anda malah kepada ibu bapa serta pihak sekolah,” ujarnya.
Turut hadir ialah Pengetua SMK Lopeng Tengah Miri Yew Kok Wing.-EDISI UKAS