Aktiviti STEM platform cungkil bakat murid sekolah rendah
MUKAH: Aktiviti berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjadi platform penting dalam mencungkil bakat murid sekolah rendah serta meningkatkan pencapaian akademik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine menekankan kepentingan STEM untuk terus diberikan bagi melatih murid berfikiran kreatif, kritis dan mampu menyelesaikan masalah.
“Sebanyak RM150,000 telah diluluskan bagi tujuan pendawaian semula serta kerja-kerja naik taraf sekitar Dewan Bestari.
Projek ini dijangka bermula selepas September dan diharap memberi manfaat serta keselesaan kepada masyarakat setempat,” jelas beliau semasa menangguhkan Young STEM Carnival 2025 dan Perasmian Hari Terbuka Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak pada Jumaat.
Beliau turut menasihati agar pihak sekolah memberi penekanan terhadap disiplin murid termasuk menjaga penampilan diri dan mematuhi peraturan di samping menjauhi budaya buli seperti ‘silent bullying’ dan ‘body shaming’.
Turut hadir, Guru Besar SK Kampung Petanak Afian Bokhan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ramlan Ali, Penolong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Perancangan PPD Mukah Boniface Michael Chabo, wakil Guru Besar Daerah Mukah, wakil Centexs Mukah serta petugas Nadi Komuniti (NADI). - EDISI UKAS