Billy Sujang Sumbang Katil Khas Untuk Mantan Pengerusi SUPP Opar
LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang telah mengadakan lawatan prihatin ke kediaman mantan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar Mohammad Ampel Barba di Kampung Rukam pada Khamis.
Difahamkan, Mohammad Ampel yang memegang jawatan tersebut pada sesi 2014 hingga 2017 itu kini sedang menghidap sakit kronik.
Dalam lawatan tersebut, Billy menyampaikan sumbangan sebuah katil khas bagi memudahkan urusan penjagaan harian yang dijalankan oleh keluarga beliau.
Kehadiran ini bukan sahaja sebagai tanda keprihatinan, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta sokongan moral kepada keluarga Ampel. -EDISI UKAS