ADUN Batu Kitang Edar Kuih Bulan Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh
KUCHING: Sempena sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, turun padang mengedarkan kuih bulan kepada para peniaga dan penduduk setempat di Pasar Batu 3 dan Pasar Tani Batu 10, pada Ahad.
Menurut beliau, Perayaan Pertengahan Musim Luruh bukan sekadar mengenai kuih bulan dan tanglung, tetapi membawa makna yang lebih mendalam.
“Aktiviti ini bukan sekadar mengedarkan kuih bulan, tetapi satu usaha untuk menyebarkan kasih sayang dan semangat komuniti,” katanya.
Program berkenaan bertujuan berkongsi keceriaan perayaan dengan masyarakat setempat serta menghargai sokongan berterusan komuniti.
Suasana di lokasi dilaporkan meriah dan penuh keakraban apabila kehadiran Dato Lo serta pasukannya disambut mesra oleh para peniaga dan penduduk. -EDISI UKAS