RM60 Juta Bangunkan Hutan Simpan Sabal Sebagai Hab Eko-Pelancongan Bertaraf Dunia
SIMUNJAN: Peruntukan sebanyak RM60 juta diumumkan bagi membangunkan Hutan Simpan Sabal sebagai hab eko-pelancongan dan pusat terapi semula jadi bertaraf dunia.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, berkata pusat berkenaan akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti pusat penyelidikan, makmal, ruang konservasi, penginapan serta fasiliti rekreasi, yang dijangka mula dibangunkan tahun depan dan siap menjelang 2028.
Menurut beliau, kawasan hutan asli itu akan dibangunkan sebagai destinasi riadah keluarga berkonsepkan 'nature-based solution' yang mengekalkan keaslian ekosistemnya sambil dilengkapi kemudahan moden untuk keselesaan pengunjung.

"Saya sudah meluluskan RM60 juta untuk membangunkan kemudahan di Hutan Simpan Sabal ini.
"Duit sudah ada, semua dokumen siap hanya tinggal untuk dilaksanakan,"katanya ketika berucap semasa Majlis Peluncuran Hutan Simpan Sabal Sebagai Hab Eko-Pelancongan, di sini pada Sabtu.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Sijil Malaysia Book of Records serta Anugerah Hijau kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan strategik yang menyokong inisiatif penghijauan negeri.
Premier Sarawak menambah, kawasan tersebut mempunyai potensi besar untuk dijadikan destinasi riadah dan pusat terapi semula jadi bagi masyarakat tempatan serta pelancong luar, memandangkan lokasinya yang strategik antara Kuching dan Sri Aman.
"Kawasan ini sangat sesuai untuk terapi, udara segar, suasana tenang dan kaya dengan kehijauan semula jadi. Inilah kelebihan hutan kita yang asli, bukan hutan buatan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Premier Sarawak turut menyatakan hasrat menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pendidikan alam semula jadi dan pertukaran pelajar antarabangsantermasuk dari Singapura dan negara-negara ASEAN bagi memberi pendedahan tentang pemeliharaan alam sekitar serta isu perubahan iklim.
"Kita mahu dunia datang melihat bagaimana Sarawak mengurus hutan secara lestari dan bertanggungjawab. Inilah contoh model ekonomi hijau masa depan,” tegasnya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datu Abang Ahmad Abang Morni, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph serta Ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan.–EDISI UKAS