![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
Oleh TeamUkas
INFRASTRUKTUR, terjemahan pentakrifan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris infrastructure, merujuk kepada rangka asas dalam sesebuah masyarakat. Ia merujuk kepada prasarana penting seperti jalan raya, jambatan, pembekalan api dan air, pembentungan, perparitan dan saliran, dan lain-lain.
Turut terangkum ialah perkhidmatan pembinaan pelabuhan, keselamatan pengemudian sungai, serta sistem pengangkutan awam.
Kerajaan Sarawak, dalam wawasan untuk merapatkan jurang ekonomi antara bandar dengan luar bandar, beriltizam dengan penuh cakna agar kemajuan dan kemakmuran yang holistik berjaya dinikmati semua rakyat pada semua peringkat, lantas mencarta hala tuju yang jitu.
Teras Strategik dan Inisiatif Bajet Sarawak 2025
Dalam Bajet Sarawak 2025 yang bernilai RM15.8 bilion telah digariskan lapan Teras Strategik serta inisiatif-inisiatif tertentu. Teras-teras tersebut adalah: 1. Mentransformasi dan Mempelbagaikan Ekonomi Sarawak; 2. Meletakkan Sarawak Sebagai Destinasi Pelaburan dan Menggalakkan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); 3. Memperkukuhkan Bakat dan Pembangunan Pendidikan; 4. Memecut Transformasi Digital dan Inovasi; 5. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dan Memastikan Keterangkuman Pembangunan.
Demi meningkatan integrasi ekonomi bandar dan luar bandar, sebanyak 62 peratus atau RM6.8 bilion dikelompokkan di bawah Bajet Berfokuskan Luar Bandar (Rural-focussed Budget).
Pecahan Keutamaan Inisiatif adalah untuk Projek Rakyat (RM650 juta); Projek Transformasi Luar Bandar RTP (RM420 juta); dan Program Projek Khas (RM265 juta).
Di bawah Inisiatif ini Agensi-agensi Pembangunan Wilayah diperuntukkan RM300 juta di bawah Bajet 2025 dan RM742 juta daripada Penjanaan Alternatif.
Kesemua Projek ini bermatlamat untuk menghubungi kawasan-kawasan luar bandar dengan semua hab ekonomi, menjana manfaat ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, serta mewujudkan penggalakan kepada sektor-sektor pembinaan dan perkhidmatan.
Projek-projek Jalan Raya dan Jambatan
(i) Peruntukan RM1 bilion daripada Bajet 2025 adalah untuk projek-projek berikut:
- Jalan Batu Kawa ke Jalan Stephen Yong di Kuching;
- Jalan baharu dari Ulu Sungei Merah ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu;
- Peningkatan Pekan Lapok ke Gejong Long Teran Batu, Tinjar di Miri;
- Nanga Ibau/Jalan Ulu Sungai Ibau di Kapit;
-Jalan Serian-Gedong-Samarahan;
- Jalan Nanga Kesit
-Ulu Lemanak-Engkari, Lubok Antu di Sri Aman;
- Jambatan Sungai Limbang.
(ii) Peruntukan RM 4 bilion di bawah Projek Penjanaan Alternatif:
- Jalan Pesisir Sarawak;
- Jalan Raya Utama Kedua;
- Jalan Sultan Tengah dan Jambatan Baharu Santubong;
- Jalan Raya Pesisir Utara;
- Jalan-jalan penghubung: Miri-Marudi, Marudi-Mulu, Long Panai-Long Lama;
- Jalan Gedong ke Kampung Samalatong di Simunjan;
- Jalan Ekspres Gedong-Serian.
Program Pembekalan Air dan Elektrik
(i) Bekalan AirSetakat ini liputan bekalan air sudah meliputi keseluruhan 85.4% manakala di kawasan luar bandar 70.5%.
Penekanan ditumpukan kepada pembekalan air secara cekap, boleh diharap, selamat dan mampan.
Peruntukan Bajet bagi pelaksanaan projek pembekalan air di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak RM352 juta meliputi:
- Bekalan Air Wilayah Serian;
- Pembinaan Rawatan Air Long Lama;
- Sistem Bekalan Air untuk Kompleks Suai;
- sistem-sistem bekalan air Julau, Mukah, dan Batu Kitang (Loji Rawatan Air No. 4);
- Menaik taraf Loji Rawatan Salim di Sibu.
Di bawah Penjanaan Alternatif 2025 RM452 juta adalah:
- Paip Saliran Besar Pemindahan menyeberangi Jambatan Batang Sadong dan kerja-kerja berkaitan;
- Peningkatan Loji Rawatan Air Lubau dan Bayong;
- Projek Bekalan Air Kapit dan Tinjar;
- Bekalan air Jalan Belaga/Menjawah di Kapit;
- Pembangunan Sumber Bekalan Air Miri;
- Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).
Bagi program Pengurangan Non-Revenue Water (NRW) turut termasuk Peruntukan RM 1 bilion di bawah Penjanaan Alternatif dan ini termasuk RM204 juta bagi menaik taraf dan penggantian Paip dalam tahun 2025.
(ii) Bekalan Elektrik
Liputan elektrik luar bandar di Sarawak sudah tercapai 99% dan dirancang terus agar tercapai 100 %.
Peruntukan RM56 juta di bawah RM K12 adalah:
- Menaik taraf bekalan elektrik dalam Bahagian Samarahan;
- Menghubungi SARES kendiri di semua kampung dan rumah panjang kepada grid;
- Mengganti semua bateri pada sistem solar kendiri bagi semua masyarakat pedalaman;
- Memasang Konduktor Tertutup Voltaj Sederhana 33 kV dari Gaat ke Tunoh.
Ada lagi peruntukan RM170 juta di bawah Penjanaan Alternatif bagi tahun 2025 untuk:
- Projek penjanaan elektrik luar bandar (RM150 juta); dan
- Inisiatif Dana Untuk Pemohon Tambahan dan Lewat (ALAF).
Pelabuhan serta Keselamatan Pengemudian dan Sungai
Projek pembangunan pelabuhan turut tidak terlepas dari ketelitian Kerajaan Sarawak, sambil pada masa yang sama cakna terhadap keselamatan pengemudian di sungai.
Sejumlah RM125 juta peruntukan turut disediakan bagi tujuan melaksanakan projek-projek berikut: Projek-projek Utama –
* Limbungan kenderaan dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di Pelabuhan Senari;
* Pembinaan Terminal di Tanjung Embang (fasa 1) di Kuching;
* Geran untuk pembangunan pelabuhan dan kerja-kerja pengorekan;
* Kajian Pelan Induk Pelabuhan;
* Pembinaan dermaga, jeti, tembok dan tebingan sungai; Ordinan Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 –
* Untuk penubuhan sebuah Lembaga Pelabuhan yang agam berupaya menggaris arus operasi, mempertingkatkan tadbir urus, serta merangsang kecekepan ke seluruh pelabuhan di Sarawak; Kealpaan Terpusat
* Mempertingkatkan peruntukan sumber, memudahkan pelabuhan Strategik dan memperbaiki mutu perkhidmatan. Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang
* Menjalinkan kerjasama dengan Petros untuk membangun sebuah maritim Wilayah dan hab tenaga;
* Termasuk kontena pengemdali kargo dan kemudahan terminal gas bersepadu.
Sistem Pengangkutan Awam Bersepadu Yang Moden
Kerajaan Sarawak, dengan keyakin yang jelas, sanggup melabur ke dalam sistem pengangkutan yang bersepadu dan moden kerana mahukan rakyat Sarawak menikmati mobiliti yang hijau dan mesra alam agar rakyat dapat menikmati kemakmuran yang tidak menjejas Kesejahteraan yang dapat dinikmati sehingga menjelang tahun 2050. Untuk itu Peruntukan RM1.42 bilion disediakan agar Kuching Urban Transportation System (KUTS) bagi tahun 2025 di bawah Penjanaan Alternatif bagi tujuan memperkasa konektiviti.
Antara inisiatif-inisiatif tambahan yang diperuntukkan ialah RM8 juta untuk bas bestari untuk bandar raya Miri; selain itu RM1 juta turut disediakan untuk terminal bas di Kapit.
Selain semua ini Kajian Kebolehlaksanaan Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching akan dimulakan tidak Lama lagi.
Penutup
Tidak dapat disangkal lagi Kerajaan Sarawak mewawasankan Sarawak teguh berada atas landasan yang kental kompetitif berupaya menyesuaikan diri dengan iklim global yang tidak kepalang cabarannya. Ternyata sekali untuk memakmurkan Sarawak sambil kesejahteraan dapat dinikmati rakyat jelata, Kerajaan Sarawak benar-benar mahu membina bersama masa depan yang makmur.-EDISI UKAS