30 Peserta Sertai Kursus Pembuatan Kraftangan Sugu Tinggi Di Kapit
KAPIT: Seramai 30 peserta dari Rumah Panjang Dapong, Nanga Entawau telah menyertai Kursus Pembuatan Kraftangan Sugu Tinggi (Iban) yang dianjurkan oleh Mitz Agency dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) di Meligai Hotel Kapit baru-baru ini.
Kursus selama dua hari bermula 1 hingga 2 November itu bertujuan memperkasakan komuniti luar bandar, khususnya kaum wanita, dalam bidang seni kraftangan tradisional agar terus dipelihara dan berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengasas Mitz Agency Roselind Ngali yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta bersama Pengurus Perhubungan Komuniti Baleh SEB Kapit Dr. Reuben.
Program kali ini turut dibantu oleh tiga tenaga pengajar berpengalaman iaitu Natalie Dayut, Patricia Limau, dan Rintun Kuwi, dengan Madu Jampi bertindak sebagai ketua peserta. -EDISI UKAS
Justeru, beliau berharap kampung itu terus berkembang pesat dan berdaya saing seiring kemajuan bandar. -EDISI UKAS