Yang di-Pertua Negeri Sarawak Berkenan Tunaikan Solat Jumaat Di Masjid Darul Hana Patingan, Kampung No. 6
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Darul Hana Patingan, Kampung No. 6 bersama penduduk setempat.
Menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki yang seterusnya menunaikan solat bersama 250 orang jemaah menghadiri solat Jumaat pada hari itu.
Seusai solat, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut menyantuni para jemaah, termasuk menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak tahfiz.
Kehadiran beliau sekaligus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. -EDISI UKAS