Yayasan Bintulu Port Sumbang RM200,000 Sokong Usaha Pengimarahan Masjid Negeri Sarawak
KUCHING: Yayasan Bintulu Port menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg turut menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut.
Simbolik penyerahan replika cek disempurnakan oleh Pengurus Besar Group Stakeholder Relations Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port Maslihah Tioh kepada Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.
Sumbangan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara BPHB dan LAKMNS, selain menyokong usaha pembangunan serta pengimarahan masjid melalui inisiatif berimpak tinggi.
Ia turut mencerminkan komitmen Yayasan Bintulu Port terhadap pembangunan sosial dan keagamaan di Sarawak.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi BPHB yang juga Ahli Lembaga LAKMNS Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr. Annuar Rapa’aee, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Abdul Aziz Husain dan Bendahari Kehormat LAKMNS Dato Dr. Salihin Abang.-EDISI UKAS
Disediakan: Nur Nabilla
Foto: Ibanez Jeffery Guang & Jaed Tepus