Penyalaan Pokok Krismas Bau 2025 Semarak Perpaduan
BAU: Majlis Perasmian Christmas Tree Light Up Bau Town 2025 berlangsung meriah apabila ratusan penduduk setempat berkumpul untuk menyaksikan detik penyalaan pokok Krismas ikonik yang menjadi simbol permulaan musim perayaan di pekan Bau.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, penyalaan pokok Krimas itu menandakan bermulanya musim Advent, seterusnya membawa semangat persediaan menyambut Krismas bagi seluruh komuniti.
Menurut beliau, tradisi penyalaan lampu Krismas bukan sekadar acara tahunan, tetapi mercu tanda kesatuan, keharmonian dan berkat yang mengikat masyarakat pelbagai latar belakang di Daerah Bau.
“Acara ini menyatukan komuniti dan menyemarakkan semangat Krismas. Ia melambangkan harapan, kedamaian serta perpaduan masyarakat,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.
Beliau turut mengumumkan bahawa Christmas Parade Peringkat Daerah Bau akan diadakan pada 7 Disember 2025, dengan laluan perarakan mengelilingi kawasan pekan Bau seperti tahun-tahun sebelumnya.-EDISI UKAS