Banjir Diramal Berlaku Di Beberapa Bahagian Sarawak Bermula 7 Hingga 9 Disember
KUCHING: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran banjir bagi beberapa bahagian di Sarawak susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 3 Disember lalu.
Menurut PRABN, hujan berterusan yang diramal berlaku mulai 7 Disember, 1 pagi sehingga 9 Disember, 11 malam berpotensi menyebabkan limpahan sungai serta banjir di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer daripada beberapa lembangan sungai utama di negeri ini.
Antara kawasan berisiko di Bahagian Kuching ialah kawasan rendah sekitar Lembangan Sungai Sarawak meliputi Hospital Umum Sarawak, Jalan McDougall, Jalan Matang, Kampung Sungai Bedaun, Jalan Kwong Lee Bank, Jalan Mendu, Jalan Tong Wei Tah, Jalan Ong Tiang Swee, Jalan Liu Shan Bang, Jalan Penrissen, Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira, Jalan Ketitir, Jalan Burung Lilin, Jalan Sungai Tengah, Jalan Tong Wei Tah, Jalan Tabuan, Padang Merdeka, dan Kampung Buso dan Kampung Segong.
Turut berisiko ialah kawasan sekitar Lembangan Sungai Batang Kayan seperti Kampung Stunggang Melayu Baru, Kampung Stunggang Melayu Lama, Kampung Semunin, Kampung Dagang, Pekan Lundu, Kampung Seling Melayu, Kampung Sileng Dayak, Kampung Sungai Lundu dan Kampung Seketi.
Di Bahagian Miri pula, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar Lembangan Sungai Miri turut dijangka terjejas, iaitu di Kampung Unan, Jalan Miri, Jalan Brooke,
Jalan Merpati, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Daro, Jalan Sungai Temam, Jalan Sungai Laong, Bintang Jaya, Taman Lopeng Baru,
Taman Lopeng Jaya, Taman Tunku, Taman Amfield 2, Sungai Dalam A, Dozo Miri, Wireless Walk Miri, SJKC Tukau, SMK (A) Miri, serta Balai Bomba Dan Penyelamat Miri.
Dalam pada itu, PRABN menyenaraikan beberapa lokasi sekitar Lembangan Sungai Batang Rajang termasuk Kampung Pangtray, Kampung Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Pasar Matu, Kampung Bertong, Kampung Sekaan Besar Matu sebagai kawasan berisiko banjir.
Amaran turut melibatkan kawasan rendah sekitar Lembangan Sungai Batang Samarahan termasuk Kampung Niup, Taman Samarindah dan Kampung Baru.
Selain itu, kawasan rendah sejauh lima kilometer sekitar Lembangan Sungai Batang Rajang di kawasan Naman, Kawasan Stabau, Rumah Persisiran Jalan Salim, Nanga Assan, Latap, Rumah Martha Lu, Kampung Kedada, Rumah Gerinsam, Jalan Salim/Stabau, Rumah Joseph, Jalan Lau Kah Tu, Kampung Usahajaya Baru Sentosa, Jalan Bukit Lima Timur, Lorong Jerrwit Barat 9, Lorong Saujana, Lorong Oya 22, Kampung Jeriah, Lorong Satria Timur, Jalan Pahlawan, Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Ulu Sungai Merah, Kampung Bahagia Jaya, Rumah Beriak Empanjang, Rumah Geruna, SK Sungai Naman, SK Ulu Majau, SK Nanga Balingiau, SK Ulu Bawan, Jalan Lukut Penyulau
Di Betong, kawasan rendah sekitar Lembangan Sungai Batang Saribas termasuk Kampung Babu, Kampung Manggut, Rumah
Pelandok, dan Jalan RH Putus dijangka terkesan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku.
PRABN menjelaskan bahawa banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan.
Orang ramai di kawasan berisiko diingatkan supaya berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan merujuk maklumat terkini daripada agensi-agensi pengurusan bencana.-EDISI UKAS