Premier Sarawak Adakan Pertemuan Dengan Ahli Parlimen & Dewan Negara GPS
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Persekutuan, ahli-ahli parlimen dan senator-senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada malam Ahad.
Pertemuan itu diadakan sempena sidang parlimen yang sedang berlangsung bermula hari ini, 24 Jun sehingga 18 Julai kelak.
Pertemuan tiga jam setengah tersebut bertujuan sebagai perkongsian maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan GPS dan hak-hak Sarawak yang mungkin dibawa untuk pembentangan dan perbahasan di Parlimen.
Antara yang hadir Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan-Timbalan Menteri, Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.-EDISI UKAS