KUCHING: Peminat sukan karom dipelawa menyertai Pertandingan Karom Beregu Terbuka Kelab Karom P'MAI siri 1,2025 yang akan diadakan pada 21 Disember ini.
Pertandingan anjuran Kelab Karom P'MAI itu akan diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Tunku, Petra Jaya, Kuching dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM4,800.
Juara bakal membawa pulang RM2,000 serta piala, tempat kedua menerima RM1,000 dan piala manakala pemenang tempat ketiga dan keempat bersama akan menerima RM500 dan pingat.
Bagi pemenang tempat kelima dan kelapan masing-masing akan meraih RM200 dan pingat.
Menurut penganjur, pertandingan itu bertujuan mempromosikan sukan karom kepada masyarakat khususnya di Sarawak selain memberi pendedahan kepada belia dan komuniti setempat untuk menyertai sukan yang berbentuk riadah.
Katanya, pertandingan itu bertujuan membentuk sikap kerjasama dalam satu pasukan serta meningkatkan kecergasan dalam bidang sukan.
Yuran penyertaan berjumlah RM80 satu pasukan dengan tarikh tutup penyertaan pada 19 Disember ini jam 12.30 tengahari.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Ajam (0197070436), Zuresh (01116493110) atau Qaz (01123443321). - EDISI UKAS