MV Tahun Baru Cina, Cipta Elemen Perpaduan, Pemimpin Bersama Rakyat
MIRI: Majlis Pelancaran rasmi video muzik (MV) lagu Tahun Baharu Cina Kreatif Sarawak 2026 berjudul “The Most Beautiful Part of Life Is Reunion” telah berlangsung meriah di Pusat Membeli-belah Boulevard, Miri pada Jumaat.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau, Dato Sebastian Ting Chiew Yew, bersama Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut,Adam Yii Siew Sang.
Video Musik ini mencuri perhatian apabila buat pertama kali kedua-dua pemimpin berkenaan tampil sebagai penyanyi jemputan, sekali gus menyampaikan mesej perpaduan, kekeluargaan dan kerinduan untuk pulang berkumpul bersama insan tersayang sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Lagu ini merupakan hasil kerjasama komposer dan penulis lirik Cheng Pin Yan bersama barisan penyanyi tempatan Miri, dengan penggambaran MV dijalankan di beberapa lokasi sekitar Miri termasuk sekolah-sekolah dan mercu tanda bersejarah Oil Well No.1( The Grand Old Lady)
Penghasilan MV ini turut menggabungkan elemen pelbagai kaum di Sarawak, sekali gus mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk serta menyokong perkembangan industri kreatif negeri menjelang Tahun Baharu Cina 2026.-EDISI UKAS