Pendekatan Menyeluruh Diperlukan Untuk Transformasi Ekonomi Luar Bandar
PAKAN: Usaha memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar perlu digerakkan secara menyeluruh melalui peningkatan latihan kemahiran dan pembangunan keusahawanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pendekatan ini penting bagi mengubah amalan ekonomi sara diri kepada ekonomi yang lebih produktif dan mampan.
Menurutnya, transformasi ekonomi luar bandar tidak boleh hanya bergantung kepada pembangunan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perlu disokong dengan peningkatan kapasiti dan kemahiran masyarakat.
Katanya, pelbagai agensi termasuk dan turut memainkan peranan dalam memberi latihan serta pendedahan kepada masyarakat luar bandar.
"Program latihan yang dilaksanakan merangkumi pembangunan kemahiran, keusahawanan serta pengukuhan kapasiti diri agar masyarakat tidak hanya bergantung kepada bantuan semata-mata," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Rumah Jonathan Mingan pada Rabu.
Dalam pada itu, pemanfaatan aset seperti tanah diberi perhatian bagi memastikan ia dimanfaatkan secara optimum untuk aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan ayam dan penanaman sayur.
Beliau menjelaskan bahawa penggunaan aset secara produktif penting bagi meningkatkan hasil ekonomi penduduk setempat.
Tambah beliau, gabungan antara pembangunan infrastruktur, latihan kemahiran dan kesedaran masyarakat merupakan kunci utama dalam merapatkan jurang pembangunan.
Jelasnya, pendekatan bersepadu ini diyakini mampu memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar secara lebih menyeluruh dan mampan. -EDISI UKAS