RM321,000 Geran Persekutuan Disalur Kepada Gereja dan NGO, Perkukuh Keharmonian Masyarakat Limbang
LIMBANG: Kerajaan Persekutuan terus menzahirkan komitmen memelihara keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum serta agama di Sarawak apabila menyalurkan peruntukan Outright Grant (OG) Persekutuan berjumlah RM321,000 kepada gereja-gereja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Daerah Limbang.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Sarawak kekal sebagai contoh negeri majmuk yang aman dan makmur hasil perpaduan kukuh rakyatnya serta kepimpinan yang berteraskan toleransi, kerjasama dan saling menghormati.
Menurut beliau, keharmonian yang dinikmati hari ini bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya terbina melalui amalan hidup bersama yang berpaksikan nilai murni serta ajaran agama masing-masing yang menekankan sikap hormat, toleransi dan semangat kejiranan merentasi kaum dan kepercayaan.
“Jika rakyat berpecah-belah dan hilang sikap hormat-menghormati, maka cita-cita untuk mencapai Sarawak Maju Makmur pasti sukar direalisasikan,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat: Majlis Penyerahan Cek Outright Grant (OG) Persekutuan kepada Gereja-Gereja Daerah Limbang di Dewan Serbaguna RPR Batu Biah, pada Sabtu.
Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab memBahagian Limbang, Elizabeth Bujang, Penolong Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samat, Temenggong Willie Marum Liaw serta Temenggongar umbi serta institusi keagamaan termasuk gereja, masjid dan surau.
Dalam masa sama, Datuk Hasbi mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang cuba memecah-belahkan rakyat, sebaliknya bersatu mempertahankan keharmonian yang menjadi asas kestabilan dan pembangunan negeri.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 92 buah gereja di Daerah Limbang menerima cek Outright Grant melibatkan peruntukan Persekutuan berjumlah RM252,000, manakala enam NGO turut menerima geran berjumlah RM69,000. Secara keseluruhan, peruntukan yang disalurkan pada hari ini mencecah RM321,000.
Datuk Hasbi berharap bantuan kewangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak gereja, khususnya bagi persiapan serta penganjuran aktiviti sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang, selain menyokong program kemasyarakatan setempat.
Hadir sama pada majlis tersebut wakil Residen Bahagian Limbang, Elizabeth Bujang, Penolong Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samat, Temenggong Willie Marum Liaw serta Temenggong Leong Boong Ming.-EDISI UKAS