Tiga Chef Sarawak Cipta Sejarah Di Pentas Kulinari Antarabangsa
KUCHING: Sarawak sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila tiga chef tempatan berjaya mendominasi ketiga-tiga kedudukan teratas dalam kategori masakan tanpa api pada Pertandingan Khadhya Khurak SuperChef di India.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, kemenangan mereka sekali gus membuktikan keunggulan masakan Sarawak serta kekuatan komuniti kulinari negeri ini di peringkat global.
Katanya, kejayaan membanggakan itu mencerminkan disiplin, kreativiti dan komitmen tinggi chef Sarawak, dengan Chef Robbie Richard Balcarek dari Kafe Little Fairy memenangi Anugerah Emas, diikuti Chef Iana Akam dari Fairy Tavern meraih Perak dan Chef Annie Wee dari Annie Kolo Mee meraih Gangsa.
“Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan individu, tetapi mencerminkan kekuatan dan kedalaman komuniti kulinari Sarawak.
“Ia membuktikan bahawa kejayaan tersebut bukan sahaja berasaskan kehebatan hidangan yang dihasilkan, malah mencerminkan disiplin, kreativiti serta komitmen tinggi terhadap kecemerlangan kulinari," katanya dalam sidang media tersebut di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, kejayaan itu lebih bermakna apabila pertandingan berprestij berkenaan disertai juri antarabangsa dan ketiga-tiga chef memilih menggunakan sepenuhnya bahan tempatan Borneo bagi mengetengahkan identiti masakan Sarawak di peringkat dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, Dato Wee merakamkan penghargaan kepada Chef Julian Lai yang menerima Anugerah King Chef atas sumbangan seumur hidupnya dalam industri kulinari, selain menyifatkan keyakinan beliau terhadap kesiapsiagaan chef Sarawak di peringkat global sebagai amat memberangsangkan.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO, malah membuka ruang kepada pendekatan baharu diplomasi makanan atau gastrodiplomasi bagi membina hubungan dua hala, merancakkan pelancongan gastronomi serta memperluas kerjasama antarabangsa melalui makanan.
Sehubungan itu jelasnya, Sarawak akan terus memperkasa bakat kulinari tempatan dengan menghantar lebih ramai chef ke peringkat antarabangsa, termasuk ke Macau, Madinah dan Arab Saudi, selain merancang dua lagi acara global pada tahun hadapan bagi mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab gastronomi dunia.f Dominasi Pertandingan Berprestij Di India
KUCHING: Sarawak sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila tiga chef tempatan berjaya mendominasi ketiga-tiga kedudukan teratas dalam kategori masakan tanpa api pada Pertandingan Khadhya Khurak SuperChef di India.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, kemenangan mereka sekali gus membuktikan keunggulan masakan Sarawak serta kekuatan komuniti kulinari negeri ini di peringkat global.
Menurutnya,,kejayaan membanggakan itu mencerminkan disiplin, kreativiti dan komitmen tinggi chef Sarawak!dengan Chef Robbie Richard Balcarek dari Kafe Little Fairy memenangi Anugerah Emas, diikuti Chef Iana Akam dari Fairy Tavern meraih Perak dan Chef Annie Wee dari Annie Kolo Mee meraih Gangsa.
“Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan individu, tetapi mencerminkan kekuatan dan kedalaman komuniti kulinari Sarawak.
“Ia membuktikan bahawa kejayaan tersebut bukan sahaja berasaskan kehebatan hidangan yang dihasilkan, malah mencerminkan disiplin, kreativiti serta komitmen tinggi terhadap kecemerlangan kulinari," katanya dalam sidang media tersebut di sini pada Jumaat.
Sementara itu jelasnya, kejayaan tersebut lebih bermakna apabila pertandingan berprestij berkenaan disertai juri antarabangsa dan ketiga-tiga chef memilih menggunakan sepenuhnya bahan tempatan Borneo bagi mengetengahkan identiti masakan Sarawak di peringkat dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, Dato Wee merakamkan penghargaan kepada Chef Julian Lai yang menerima Anugerah King Chef atas sumbangan seumur hidupnya dalam industri kulinari, selain menyifatkan keyakinan beliau terhadap kesiapsiagaan chef Sarawak di peringkat global sebagai amat memberangsangkan.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO, malah membuka ruang kepada pendekatan baharu diplomasi makanan atau gastrodiplomasi bagi membina hubungan dua hala, merancakkan pelancongan gastronomi serta memperluas kerjasama antarabangsa melalui makanan.
Sehubungan itu jelasnya, Sarawak akan terus memperkasa bakat kulinari tempatan dengan menghantar lebih ramai chef ke peringkat antarabangsa, termasuk ke Macau, Madinah dan Arab Saudi, selain merancang dua lagi acara global pada tahun hadapan bagi mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab gastronomi dunia.-EDISI UKAS