Malam Gemilang UKAS: Tiga Pegawai Raih Tujuh Anugerah Di KJA 2025
KUCHING: Malam penuh gemilang buat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) apabila tiga pegawainya tampil cemerlang meraih tujuh anugerah keseluruhan, termasuk tiga Emas, tiga Perak dan satu Gangsa pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 yang berlangsung di sini pada Sabtu.
Tiga Anugerah Emas itu dimenangi oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Berita Ehwal Semasa, Muller Asen yang memenangi kategori Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar PETRONAS (Bahasa Malaysia) dengan laporan bertajuk Pengorbanan Terlerai, Harapan Terserlah.
Lebih manis, beliau turut memenangi anugerah Perak bagi kategori Ekonomi Digital.
Judan Bungap pula meraih emas bagi kategori Anugerah Laporan Berita Pelabuhan Bintulu (Bahasa Iban) selain turut memenangi emas bagi kategori Anugerah Laporan Sukan (Bahasa Iban).
Pemenang anugerah Perak turut disumbangkan oleh Harry Ilias untuk Anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Shell serta Anugerah Laporan Sukan manakala pemenang Gangsa memenangi Anugerah Gangsa bagi kategori Anugerah Kewartawanan Penyiaran.
Dalam pada itu, empat pengamal media dalam empat kategori berjaya menerima Anugerah Premier Sarawak iaitu anugerah tertinggi untuk KJA.
Bagi kategori Bahasa Malaysia, Anugerah Premier Sarawak dimenangi Zarina Abdullah dari Suara Sarawak diikuti oleh kategori Bahasa Cina yang dimenangi Tan Siok Thin dari See Hua Daily News, kategori Bahasa Inggeris dimenangi Jenifer Laeng dari The Borneo Post manakala kategori penyiaran dimenangi oleh Monica Gerry dari RTM Sarawak.
Untuk Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital Premier Sarawak, pemenang emas Bahasa Malaysia ialah Mohd Shafik Ahmad dan Mohamad Fiqri Razak daripada TVS diikuti Bahasa Iban yang dimenangi Sylvester Riang Anding dari Suara Sarawak, Bahasa Cina dimenangi oleh pasukan Sin Chew Daily, Bahasa Inggeris dimenangi James Wong Yun Liang dari The Borneo Post, manakala kategori siaran dimenangi Firdaus Arasy Idris dari RTM Sarawak.
Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Beliau turut menyampaikan Tokoh Wartawan 2025 yang diberikan kepada K.C. Jong yang dikenali dengan nama pena Yao Yuan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam bidang kewartawanan, penulisan sejarah dan khidmat masyarakat selama lebih enam dekad.
Terdahulu, sebanyak sembilan anugerah telah disampaikan oleh pelbagai dif-dif kenamaan yang hadir terdiri daripada penaja.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.
Anugerah Kewartawanan Press Metal menyaksikan pemenang emas Bahasa Malaysia ialah Zarina Abdullah dari Suara Sarawak, Bahasa Iban dimenangi Indun Silong dari Suara Sarawak, Bahasa Cina dimenangi Tan Siok Thin dari See Hua Daily News, manakala Bahasa Inggeris dimenangi Jenifer Laeng dari The Borneo Post.
Untuk Anugerah Laporan Berita Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), pemenang emas Bahasa Malaysia ialah Syamimi Husna Saji dari Suara Sarawak, Bahasa Iban dimenangi Judan Bungap dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Bahasa Cina dimenangi oleh pasukan Sin Chew Daily, manakala Bahasa Inggeris dimenangi Julie Elizabeth Ngadan dari Sarawak Tribune.
Anugerah Laporan Sukan pula dimenangi oleh Syamimi Husna Saji bagi kategori Bahasa Malaysia Bahasa Iban pula dimenangi oleh Judan Bungap dari UKAS, Bahasa Cina dimenangi oleh Yew Wang Ting dari See Hua Daily News manakala Bahasa Inggeris dimenangi Gabriel Lihan Apat Ferguson dari Sarawak Tribune.
Bagi Anugerah Kewartawanan Penyiaran, pemenang emas ialah Monica Gerry dari RTM Sarawak.
Anugerah Kewartawanan Kelestarian Sarawak Energy pula menyaksikan pemenang emas Bahasa Malaysia dirangkul oleh Kalsum Mohammadin dari Suara Sarawak diikuti Bahasa Iban dimenangi oleh Isabella Nisa Inchang dari Suara Sarawak, Bahasa Cina dimenangi Tan Siok Thin dari See Hua Daily News, Bahasa Inggeris dimenangi Karen Julan Masing dari Sarawak Tribune, manakala kategori penyiaran dimenangi oleh Abdul Aziz bin Soleh, Byron Nyug, Nur Shafiqah Asyikin Hazukki dari TVS.
Untuk Anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Shell, pemenang emas Bahasa Malaysia ialah Muhammad Muqri Zulfadhli Abd Aziz dari TVS, Bahasa Iban dimenangi Lina Kunjak dari Suara Sarawak, Bahasa Cina dimenangi oleh Wong Leh Ching, Ting Siaw Chui,Ting Hui Yee dan John Lister Chan Sze Chieh dari Sin Chew Daily, Bahasa Inggeris dimenangi James Wong Yun Liang dari The Borneo Post, manakala kategori penyiaran dimenangi oleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir,Azmeerul Ahmad Rashid Ahmad dan Nur Azmina Syafiqah Dolhan dari TVS.
Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar PETRONAS pula menyaksikan pemenang emas Bahasa Malaysia ialah Muller Asen dari UKAS, Bahasa Iban dimenangi Rengenyan Labang dari Utusan Borneo, Bahasa Cina dimenangi oleh Foo Seng Fatt dan Chua Yew Yong dari Sin Chew Daily, Bahasa Inggeris dimenangi Fasiha Kushiri dari Sarawak Tribune, manakala kategori siaran dimenangi oleh Kadir Ederson dan Farizan Jalal daripada TV3.
Anugerah Kewartawanan Foto BPHB dimenangi pemenang emas ialah Ling Lew Ching dari Sin Chew Daily manakala Anugerah Kewartawanan Esei Foto Hock Seng Lee dimenangi Mohd Alif Noni dari Suara Sarawak. -EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ahmad Daniel Faiz
Jurugambar: Hazrin Sunaini