Hari Keluarga Uma Belor Eratkan Perpaduan Komuniti
BELAGA: Hari Keluarga Uma Belor, Leo Dian, Sungai Asap berjaya menghimpunkan warga komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti yang berteraskan kekeluargaan dan perpaduan, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Orang Ulu.
Majlis Penangguhan Hari Keluarga tersebut yang diadakan baru-baru ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon dan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Kanowit Dato Sri Aaron Ago Dagang
Hari Keluarga Uma Belor tahun ini mengangkat tema “Ji Uma, Ji Panak, Murip Melu, Pegu Sayu” yang membawa maksud mendalam serta mencerminkan nilai kebersamaan, identiti dan jati diri masyarakat Orang Ulu.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang program, antaranya acara sukaneka, pertandingan membina dan menghias pondok tradisional, penyampaian insentif kepada pelajar cemerlang dan warga emas, serta anugerah khas kepada tokoh-tokoh Uma Belor sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah mantan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Penghulu Saging Bit, Maren Uma Ding Ajang serta penduduk di Uma Belun Leo Dian.-EDISI UKAS