Penduduk Beting Maro Diseru Manfaatkan Sumber Alam
PUSA: Kawasan Beting Maro mempunyai banyak sumber alam seperti tanah untuk kegunaan hasil pertanian yang boleh meningkatan pendapatan keluarga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Dato Razaili Gapor menyeru agar masyarakat di kawasan Beting Maro perlulah bijak mengunakan peluang dan sumber yang sedia ada untuk menghasilkan produk tempatan.
“Saya bersedia untuk menyediakan kemudahan serta tenaga mahir untuk menyokong usaha ini untuk membangunkan penduduk setempat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Dan Sambutan Tahun Baru 2026 di Masjid Kampung Spinang di sini, pada Rabu.
Dato Razaili turut menyeru agar masyarakat di kawasan ini bekerjasama untuk teruskan tingkatkan industri pertanian dan produk Beting Maro yang perlu dipromosikan kepada penduduk di kawasan lain.
Tambahnya, sektor pembangunan terus ditingkatkan namun penduduk setempat juga perlu usahakan untuk meningkatan hasil pendapatan keluarga.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, lampu solar akan dipasang dan sebuah stesen minyak akan dibina apabila siapnya Jambatan Batang Saribas 2 di kawasan Kampung Spinang.
Pada majlis sama, beliau juga menyampaikan bakul makan kepada beberapa orang asnaf Kampung Spinang dan Kampung Semarang untuk meringankan beban keluarga. -EDISI UKAS