75 Mangsa Banjir Ditempatkan di PPS Dewan Mesra Simunjan
SIMUNJAN: Seramai 75 mangsa banjir daripada 28 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan lima buah kampung telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan susulan kejadian banjir yang melanda kawasan berkenaan.
Mangsa yang terlibat terdiri daripada penduduk Kampung Hijrah Fasa 2 seramai tiga KIR dengan lapan orang mangsa, melibatkan empat lelaki dan empat perempuan.
Sementara itu, satu KIR dari Jalan Tun Openg melibatkan enam orang mangsa terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan turut dipindahkan ke PPS berkenaan.
Kampung Simunjan Jaya mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 22 KIR melibatkan seramai 57 orang mangsa, terdiri daripada 31 lelaki dan 26 perempuan.
Selain itu, satu lagi KIR dari Kampung Hijrah Fasa 1 melibatkan seorang mangsa perempuan serta sebuah KIR dari Kampung Sungai Raya melibatkan tiga orang mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan turut terjejas akibat banjir.
Secara keseluruhan, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Mesra Simunjan setakat jam 3.22 petang adalah seramai 75 orang, melibatkan 41 lelaki dan 34 perempuan.
Pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan semua mangsa terjamin.
Untuk rekod, PPS Dewan Mesra Simunjan telah diaktifkan berkuat kuasa 9 Januari 2026 bermula jam 8 pagi susulan hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan sekitar daerah ini. -EDISI UKAS