Sarawak Maju Makmur: Bonus hanya sekelumit. Ada Nikmat yang lebih besar.
Setiapkali belanjawan sama ada peringkat pusat atau negeri hanya 1 je yang kita harapkan BONUS...atau bantuan tunai...
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari pun tak terlepas dari menanggung harapan rakyat yang nak kan bonus. Bila tamat je ucapan penggulungan DUN semalam… ramai orang fokus satu benda saja iaitu BONUS!
Alhamdulillah akhirnya 2 bulan gaji BKK untuk penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam Persekutuan, RM500 untuk pesara… memang padu. Siapa sik suka?
Tapi sebenarnya, “isi dalam” ucapan Premier kita tu jauh lebih besar daripada sekadar bonus.
It’s not just about money. Kerana duit beri tunai cepat habis. Tapi pembentangan Premier semalam memberi nikmat yang lebih besar untuk melestarikan masa depan anak Sarawak serta generasi seterusnya.
Belanjawan dan hala tuju negeri tahun ini adalah lebih realistik, matang, moden, dan banyak membuka peluang baru.
Selain daripada bonus, bantuan tunai ada beberapa perkara yang jauh lebih besar manafaat kepada rakyat untuk tempoh jangka masa panjang.
Belanjawan tempohari menekankan kepada peningkatan tenaga.
Sarawak sudah lebih awal masuk ke “Age of Electricity”. Grid baharu ke Lawas & Sabah akan membekalkan elektrik lebih stabil di utara Sarawak. Persediaan sambungan tenaga antara Sarawak dengan Singapura mampu menjadi potensi sebagai pengeksport tenaga hijau di rantau ASEAN.
Ini semua bukan saja untuk merancakkan perindustrian tetapi untuk rakyat di pedalaman dan kampung yang sering blackout kerana bekalan tak stabil.
Prasarana umum seperti jalanraya, jambatan dan kemudahan digital akan dilipat ganda dan dipercepatkan. Beberapa projek jalan raya dan jambatan sedang giat dibina.
Seperti coastal road (jalan pesisir) dan second trunk road dan 14 jambatan utama menjadi pemangkin kepantasan logistik di negeri ini.
Kemudahan bekalan air luar bandar untuk kampung-kampung serta penambahbaikan Infrastruktur digital dengan meningkatkan pencawang internet ke kawasan luar bandar bagi memastikan penduduk pedalaman tidak terlepas dari maklumat semasa.
Peluang pekerjaan baharu melalui industri minyak, gas dan tenaga hijau. Dalam pembentangan belanjawan negeri antara tumpuan yang diberikan ialah meningkatkan sektor minyak dan gas.
PETROS selaku agregator gas pasti akan berkembang maju.
Pembangunan Gas Roadmap akan membuka peluang kerja di Miri, Bintulu, Kuching.
Anak Sarawak dapat kerja yang high income, bukan hanya kerja biasa-biasa.
Sarawak kekal hijau walaupun sedang meroket menjadi industrial state. Sarawak telah menanam 55 juta pokok (lebih daripada sasaran!).
Sarawak juga mulakan pelesenan carbon forest yang memberikan pendapatan baru dari hutan, dengan komuniti tempatan untuk terlibat sama dalam program ini.
Industri cip semikonduktor dan Artificial Intelligence di Sarawak bukan Cobaan...tapi serius. Tahun ini Premier Abg Jo mengumumkan Sarawak SemiConductor Roadmap 2030. Ini dimulakan pada 1 September lepas dengan pelancaran Keteq.GaN di Microelecteonics UK Conference. Kemudian Sarawak melancarkan chip Gallium Nitride buatan Sarawak secara R&D dengan universiti di United Kingdom.
Sarawak turut menubuhkan pusat Integrasi AI Chip Kuching dengan Cardiff selain
Kerjasama XFAB bersama Cambridge Microelectronics.
Semua ini membolehkan anak Sarawak berpeluang menjadi jurutera chip semikonduktor dan ini adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.
Kita bukan setakat menjual bahan mentah tapi turut membina teknologi sendiri. Level naik, Nang antap!
Rumah Mampu Milik dan kebajikan rakyat terus diberi tumpuan. GPS terus fokus kesejahteraan rakyat apabila membina 20,000 rumah mampu milik.
Program SKAS untuk membantu keluarga terkesan selain melaksanakan bantuan pendidikan berterusan pada anak anak Sarawak.
Pendidikan tinggi percuma akan bermula 2026. Ini paling padu!
FTES (Free Tertiary Education Scheme) khas untuk anak Sarawak belajar PERCUMA di 4 universiti milik kerajaan negeri. Tiada lagi rungutan
“Anak saya pandai tapi tak mampu nak bayar yuran.”
Inilah game changer sebenarnya. Terbaik Sarawak.
Sekarang Sarawak jadi rujukan negerinegeri lain. Sering kita lihat wakil negeri lain datang ke Satria Pertiwi untuk bertemu Premier.
Mereka datang belajar tentang bagaimana urus tadbir kewangan negeri yang cekap, pembangunan yabg strategik, model pentadbiran baik dan inovasi tenaga dan teknologi. Sarawak kini jadi suri teladan.
Kesimpulannya ucapan Premier kali tok bukan sekadar cerita bonus 2 bulan gaji atau RM700 untuk penjawat pusat…
Itu hanyalah icing on the cake.
Yang lebih penting ialah
Sarawak sedang disusun kemas untuk masa depan lebih hijau, lebih kaya, lebih moden, lebih berpendidikan dan lebih berdaya saing.
Dan yang paling terbaik bila Premier cakap "saya cari duit bila dapat duit saya kongsi dengan rakyat" inilah contoh kepimpinan yang penuh Integriti.
Setiap pendapatan baharu akan dikembalikan kepada rakyat.
Setiap projek besar yang ada manfaat akan melimpah dari bandar hingga ke kampung.
Setiap hala tuju akan memberikan impak pada generasi 20 tahun ke hadapan.
Ini bukan belanjawan “beli hati dan jiwa”…
Ini belanjawan bina negara.
Sarawak makin maju, makin makmur dan kita semua sebahagian dari perjalanan ini.