15 Penduduk Matu Terjejas Banjir Terima Bantuan APM dan JKM
MATU: Seramai 15 penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Matu menerima bantuan keperluan asas daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Matu, pada Jumaat.
Penerima bantuan melibatkan penduduk dari Kampung Treng, Kampung Tengah Tian, Kampung Tinak Tian, Kampung Bertong, Kampung Sekaan Kecil, Kampung Bawang Hulu dan Kampung Bawang Hilir.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya.
Bantuan berbentuk keperluan makanan harian itu bertujuan meringankan beban mangsa serta memastikan keperluan asas mereka dipenuhi sepanjang tempoh pemulihan pascabanjir.
Inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan agensi berkaitan dalam menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk, khususnya ketika berdepan situasi bencana.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Matu Hamidah Halpi.-EDISI UKAS