MATU: Sebanyak RM78,000 peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) telah disalurkan kepada 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Jemoreng, menerusi satu majlis ringkas penyerahan cek yang diadakan di sini pada Jumaat.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak JKKK bagi merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada pembangunan serta kesejahteraan komuniti setempat.
“Semoga dengan penyaluran ini, pihak JKKK dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan positif kepada komuniti”, ujarnya. -EDISI UKAS