Pesuruhjaya Tinggi Singapura Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Datuk Amar Awang Tengah
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di sini pada Isnin.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama antara Sarawak dan Singapura, termasuk perdagangan, ekonomi serta kerjasama tenaga hijau.
Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datu Lester Matthew.-EDISI UKAS