147 Individu Terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Seramai 147 individu telah menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Sarawak dalam satu Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, pada Selasa.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyempurnakan majlis tersebut diiringi isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mendahului senarai nama yang dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (J.B.K).
Ia diikuti oleh ADUN Tebedu Simon Sinang Bada, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Abdul Halim Abang Naili, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak Vijayen Nagalingham, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany, Bundan Ngila dan Chamles Jack @ Leng Jack.
Sementara itu, bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) telah dianugerahkan kepada lapan individu terdiri daripada Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Residen Bahagian Kapit Elvis Didit, Pengarah Unit Audit Dalam Jeferi Darhman, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Ahmad Sukarno Saini, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Mohamad Lotfi Tuah serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Julin Alen.
Bagi Pingat Perwira Negeri (P.P.N) peringkat Perak pula, seramai tiga penerima telah dipilih iaitu Nelson Anyang Imang, Awang Sepian Awang Juini dan Agam Galau.
Manakala Pingat Perwira Negeri (P.P.N) peringkat Gangsa telah dikurniakan kepada Hadzli Awi.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) telah dianugerahkan kepada enam penerima iaitu ADUN Jepak Iskandar Turkee, Profesor Dr. Mohammad Zulkarnaen Ahmad Narihan, Profesor Dr. Andrew Ragai Henry Rigit, Ismail Dikoh, Muyang Jami serta Nawawi Matnor.
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) telah dikurniakan kepada 14 individu terdiri daripada Superintenden Hamka Mohamad, Husini Bakir, Jeremiah Oliver Jitos, Mohammad Jefri Crossley, Othman Anyan, Sharifah Fariah Syed Junaidi, Haniza Amit, Monaliza Ismail, Phan Hui Sieng, Shirini Mastura Mohamed Zulkifli, Samri Suhaili, Thian Nai Poh, Tay Soon Hiang serta Zubaidah Abdul Ghani
Bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), seramai 13 penerima telah dipilih iaitu Frank Lani, Kilat Naipock, Laga Kueh, Minggu Jampong, Raca Mulong, Raymond Lee Hock Sung, Dayang Naziah Anuar, Florence Aloysius Lisu, Genevieve Ann Tida Edward Sadai, Grace Telon Joseph, Lim Ying Tyng, Rita William Toyad serta Zaidah Muhaini.
Selain itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) telah dianugerahkan kepada 12 individu terdiri daripada Tan Lek Jin, Liew Ah Chin, Lim Ming Kuang, Ling Teck Kiong, Lo Chan Ying, Ugat Wan @ Jalong Wan, Mathew Ngau Jau, Albert Andrew, Riseng Ngirai, Tan Teck Ming, Teo Yong Hua serta Yap Chong Guan.
Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), seramai 12 penerima telah dipilih iaitu Joseph Lapjit, Maidie Kassim, Melana Denu @ Raymond Melana Denu, Mohamad Ali Hanaffiah Jeraee, Nanta Basi, Nazarni Salleh, Nazeri Idi, Oliver Singah, Ivy Ejoy Jaming, Kartinah Sadjoy, Lilla Raja @ Lilla Wong serta Oyau Kannyen.
Bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 37 penerima telah dipilih terdiri daripada Awang Rajak Awang Hamdan, Azizi Mohamad Mortadza, Junid Sulaiman, John Boniface, Johnny Umpeng, Mohamad Saufi Hussain, Mohammad Azirin Dawi Saifuddin, Rosalan Nawi, Roslan Sabawi, Rogie Saui, Samat Baret, Salleh Sidi, Shafee Usop, Tony Ali, Taip Gondah, Yeong Ah Huat, Zakaria Samat, A’jijah Othman, Angela Alfred Aseng, Hanif Brahim, Haspidawati Bujang, Junainah Aini, Julia Danggat, Katherine Burai Kadam, Lee Chin Weng, Lucy Lau Ming Eng, Magdalene Dingun, Norhafiza Halmi, Norinawati Ibrahim, Noraini Morshidi, Taksiah @ Hamidah Tommy, Marina Lim Abdullah, Misiah Suhaili, Sharifah Zubaidah Wan Junaidi, Sylviah Ali, Vivien Litor serta Zamrut Salleh.
Manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) telah dianugerahkan kepada 34 individu terdiri daripada Abdul Hasraymi Abdul Raymond Shah, Abdul Rahim Nazari, Abdul Rahim Abdullah, Abang Helmi Abang Unin, Abdul Rahman Bolhassan, Aini Junaidi, Ali Saifuddin Morsidi, Awang Asmarizal Awang Ahmad Dawi, Alex Tang See Hua, Alfred Rony Benidict, Benedict Mankai, Edmund Bishop, Fadilah Bit, Hasmadi Sam, Hasanuddin Bolhassan, Madihi Rajak, Maong Jai, Mohamad Tambek, Mohd Amirul Zairin Abdullah, Mohamad Daud Mohamad, Nusi Mos, Ng Wee Chung, Ngu Sze Lee, Syed Arbini Juaindi Wan Husain, Sufian Omar, Tiew Sebang, Ubau Embol, Wan Hal Wan Taha, Voon Boon Chieng, Aminah Morshidi, Hamidah Shara, Korina Hasani, Menseli Bantang serta Morzizah Matali. -EDISI UKAS