LIMBANG: Projek Integrated Administrative Centre (IAC) Limbang telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 85.52 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2026.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, IAC Limbang bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan pentadbiran serta ekonomi di bahagian itu.
Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja rasminya ke tapak projek berkenaan pada Ahad bagi meninjau sendiri status semasa pelaksanaan projek strategik itu.
Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan negeri dalam memastikan setiap projek pembangunan utama dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberi manfaat optimum kepada rakyat.
Terdahulu pada pagj, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bersama isteri, Dato Baduyah Bujang serta rombongan tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pandaruan.
Pada sebelah petang, beliau meneruskan lawatan ke tapak cadangan Projek Pembinaan Kuarters Kerajaan.
Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi randau bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak.
Turut mengiringi lawatan ialah Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal serta pegawai-pegawai yang lain.-EDISI UKAS