KUCHING: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Dr.Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena genap dua tahun perlantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Kepimpinan TYT Tun yang bijaksana, berwibawa dan berhemah telah menjadikannya tonggak perpaduan antara kaum di negeri ini. Beliau juga telah memastikan keharmonian, kestabilan serta kemajuan Sarawak terus terpelihara. TYT Tun dihargai oleh para pemimpin tempatan sebagai seorang figura yang sentiasa dekat dengan rakyat, memberi inspirasi kepada masyarakat, serta komited dalam menyokong pembangunan sosial dan agama di negeri ini.
Penghargaan turut dirakamkan atas dedikasi dan pengorbanan TYT Tun dalam memimpin Sarawak.
Kepimpinan beliau telah memberikan impak positif kepada rakyat dan memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Dikesempatan ini, didoakan semoga Allah SWT terus melimpahkan kesihatan, ketenangan dan kebijaksanaan kepada TYT Tun, supaya beliau dapat meneruskan khidmat bakti memimpin Sarawak ke arah masa depan yang lebih sejahtera, harmoni serta bersatu.
Dirgahayu TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.