Projek Naik Taraf Jalan Jambusan Ke Bidayuh Cultural Centre Bau Kini Siap
BAU: Projek menaik taraf Jalan Jambusan menghala ke Bidayuh Cultural Centre Bau bernilai RM247,332.70 di sini sudah siap sepenuhnya.
Penyerahan tapak projek oleh pihak kontraktor kepada Majlis Daerah Bau selaku agensi pelaksana projek telah diadakan pada Jumaat.
Projek di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) itu sepanjang 510 meter dan lebar 8 meter mula dibina pada hujung November 2025.
Hadir menyaksikan penyerahan tapak projek adalah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.
Turut hadir adalah Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi, Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA, Datuk Ik Pahon Joyik dan Setiausaha Majlis Daerah Bau, Ong Chin Ping.
Terdahulu Datuk Henry melawat tapak pembinaan Bidayuh Cultural Centre Bau di bawah Projek Rakyat yang hampir siap sepenuhnya.-EDISI UKAS