Zon Selatan Ungguli Acara Tinju SUKSAR IV 2026 Dengan Lapan Pingat Emas
SRI AMAN: Kontinjen Zon Selatan mendominasi acara tinju Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 apabila merangkul lapan pingat emas, sekali gus dinobatkan juara keseluruhan acara tersebut.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman, pada Jumaat menyaksikan saingan sengit melibatkan petinju dari Zon Selatan, Zon Barat, Zon Utara dan Zon Tengah.
Majlis penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi SUKSAR IV 2026 Datuk Gerald Rentap Jabu bersama Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh.
Sebanyak 11 kategori pingat emas dipertandingkan melibatkan acara lelaki dan wanita, sekali gus mencerminkan tahap persaingan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Dalam kategori Flyweight 51 kilogram lelaki, pingat emas dimenangi Azriq Syakirin Azfarizan dari Zon Selatan, diikuti Romero Agan dari Zon Utara selaku pemenang pingat perak, manakala dua pingat gangsa diraih Mark Alanson Sepun Jony dari Zon Tengah dan Nelson Nankai dari Zon Barat.
Kategori Bantamweight 54 kilogram lelaki menyaksikan Mohd Zulkarnain Iswandy (Zon Barat) meraih pingat emas, diikuti Hyson Chrisley Sedie (Zon Utara) sebagai pemenang perak, manakala gangsa masing-masing dimenangi Mohd Shahrizal Abu Saman (Zon Selatan) dan Roulaz Alanson Richard (Zon Tengah).
Bagi kategori Featherweight 57 kilogram lelaki, emas menjadi milik Khairul Hazami Sulam (Zon Selatan), perak Ethan Tingang Melvin (Zon Utara), sementara gangsa diraih Muhd Irfan Mohd Ishak (Zon Barat).
Kategori Lightweight 60 kilogram lelaki dimenangi Wayne Kho Hae Kai (Zon Tengah), diikuti Davis Beckham Mit (Zon Selatan) sebagai pemenang perak, manakala gangsa masing-masing diraih Oliver Ngu Tian Lok (Zon Utara) dan Jackson Daniel Dom (Zon Barat).
Dalam kategori Light Welterweight 63.5 kilogram lelaki, emas diraih Lam Wee Liang (Zon Selatan), perak Maurice Malcon Uging (Zon Barat), manakala gangsa dimenangi Joshua Hii Wei Jun (Zon Utara) dan Awg Muhd Arfan Awg Ismail (Zon Tengah).
Kategori Welterweight 67 kilogram lelaki menyaksikan Abraham Samuel Jerry (Zon Selatan) memenangi emas, Alexander Xavier Andres (Zon Tengah) perak, sementara gangsa masing-masing diraih Mcdicklas Laja Sigan (Zon Utara) dan Feinsten Fabrian Dominic (Zon Barat).
Bagi kategori Light Middleweight 71 kilogram lelaki, Ryan Fabiano Maiklay (Zon Selatan) muncul juara, diikuti Riq Roland (Zon Tengah) selaku pemenang perak, manakala gangsa diraih Marcos Robert (Zon Utara) dan Tristan Aeden Minggu (Zon Barat).
Kategori Middleweight 75 kilogram lelaki pula menyaksikan Brandon Amir (Zon Utara) meraih emas, Ilham Zhafran Al Ghanim (Zon Barat) perak, manakala gangsa dimenangi Syahrul Wafie Khan Amran Khan (Zon Selatan).
Dalam kategori wanita, kategori Minimumweight 48 kilogram menyaksikan Patricia Jaquilina Bruce (Zon Selatan) memenangi emas, diikuti Felhzcha Emelda Eiin Linda (Zon Barat) selaku pemenang perak, manakala gangsa diraih Jessie Wong (Zon Utara) dan Frenecia Frander (Zon Tengah).
Bagi kategori Flyweight 52 kilogram wanita, Lailatul Aini Sapian (Zon Selatan) muncul juara, manakala Dayang Faiqah Awg Abu (Zon Barat) meraih perak serta pingat gangsa dimenangi Monica Luhong John (Zon Utara) dan Merdeka Tingang (Zon Tengah).
Kategori Featherweight 57 kilogram wanita pula dimenangi Clavia Charlene Sudang (Zon Selatan), diikuti Eurinia Jackie Joachim (Zon Barat) sebagai pemenang perak, manakala gangsa diraih Cristie Ashanty Tisin (Zon Tengah) dan Velvert Etty Austin Lagan (Zon Utara).-EDISI UKAS