Pekan Engkilili Diterangi Lampu Hiasan Tahun Baru Cina
ENGKILILI: Pekan Engkilili tampil lebih berseri apabila diterangi cahaya lampu hiasan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina menerusi penganjuran program “Light Up Engkilili In Conjunction With Chinese New Year Celebration 2026” pada Jumaat.
Majlis perasmian program anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi yang berlangsung di pentas berhampiran Dataran Rusa, Engkilili, sekali gus menceriakan suasana malam dan menarik kehadiran masyarakat setempat.
Penganjuran program ini bertujuan memeriahkan sambutan perayaan di samping mengeratkan hubungan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah Engkilili.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan serta menjadikan Engkilili sebagai pekan yang lebih ceria dan inklusif.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kua Jack Seng, Pegawai Daerah Lubok Antu merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Akoi Ejau, Setiausaha MDLA Ting Tiew Lik, serta Ahli-Ahli MDLA.-EDISI UKAS