JKKK Pekan Kapit/Batang Rajang Hilir Agih Limau Mandarin di Kapit Town Square
KAPIT: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Kapit/Batang Rajang Hilir telah mengagihkan limau mandarin sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kapit Town Square pada Khamis.
Penghulu James Sandak Bidai telah mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat semasa program tersebut berlangsung.
Program bertujuan menyemarakkan semangat muhibah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Bahagian Kapit.
Agihan buah limau ini bukan sahaja melambangkan kesejahteraan dan kemakmuran, malah mencerminkan keharmonian komuniti majmuk di Kapit.
Turut hadir semasa program itu ialah Residen Bahagian Kapit Elvis Didit, Pegawai Daerah Kapit Thomas Geoffrey Kendawang, Penolong Pegawai Daerah Kapit Anyie Awing, Pengerusi Majlis Daerah Kapit Kaunselor Ir. Andy Lawrence, Kapitan Andy Teo Tin Chai serta barisan pemanca dan ketua masyarakat setempat.-EDISI UKAS