St John Men’s Fellowship Sibu Terima MRP, Perkasa Program Kebajikan
SIBU: Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diserahkan kepada St John Men’s Fellowship Sibu sebagai sokongan terhadap pelaksanaan program kebajikan dan kemasyarakatan di kawasan ini.
Penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Selangau, Munan John Andrew yang mewakili Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta dalam satu sesi ringkas di St John Men’s Fellowship Sibu pada Sabtu.
Menurut beliau, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan YB Edwin Banta dalam menyokong peranan institusi keagamaan yang aktif menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai program bermanfaat.
Katanya, usaha pihak gereja dalam memupuk nilai perpaduan, kasih sayang, semangat kesukarelawanan serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang amat dihargai.
Beliau berharap peruntukan tersebut dapat membantu memperkukuh pelaksanaan aktiviti yang dirancang sekali gus memberi impak positif kepada komuniti setempat di Sibu dan sekitarnya.-EDISI UKAS