Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak Cerminkan Keharmonian Masyarakat
KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak terus mencerminkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.
Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, penganjuran majlis seumpama itu menyediakan ruang interaksi dan integrasi antara komuniti.
“Hari ini sangat unik di Sarawak. Setiap kali acara seperti ini diadakan, kita dapat melihat pelbagai kumpulan etnik terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Selasa.
Hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Menurut Dato Sri Aaron Ago, sambutan tersebut selari dengan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara untuk menyediakan platform yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana muhibah.
“Di Sarawak, saya melihat, inilah satu keadaan yang amat meriah di sambut semua masyarakat Tidak kira bangsa dan agama,” ujarnya lagi.
Turut hadir semasa rumah terbuka berkenaan ialah ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof bersama isteri Datin Amar Ruziah Mohd Tahir, Timbalan- Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah bersama isteri Datin Amar Doreen Mayang dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian bersama isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, barisan Menteri Kabinet Kerajaan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri Datin Amar Baduyah Bujang, Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Sarawak serta ketua-ketua jabatan.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Nur Nabilla
Foto: Nur Nabilla, Ibanez Jeffery Guang & George S. Embie