Penerapan Amalan 3R Bazar Ramadan Seiiring Seruan Kerajaan Sarawak
KUCHING: Penerapan amalan 3R iaitu ‘Reuse, Reduce, Recycle’ di bazar Ramadan di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) seiiring seruan Kerajaan Sarawak untuk melestarikan alam sekitar.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, berkata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sentiasa menekankan perkara ini.
“Premier Sarawak sentiasa menekankan perkara berkaitan kelestarian ini bukan sahaja dalam sektor industri tetapi pihak DBKU telah memperkenalkan 3R ini untuk sektor makanan dan minuman,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bazar Ramadan Semarak, di sini, pada Jumaat.
Difahamkan, sisa ini nanti akan disalurkan ke pusat kompos negeri ini.
Mengulas mengenai kesesakan di bazar berkenaan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong menjelaskan pihaknya telah berbincang dengan DBKU untuk mencari tapak tempat letak kereta baharu.
“Saya berbincang dengan DBKU untuk mengenalpasti tapak-tapak yang berdekatan bersesuaian untuk dijadikan tempat letak kereta supaya senang pengunjung-pengunjung datang berkunjung ke kedai-kedai,” ujarnya lagi.
Bazar Ramadan Semarak beroperasi dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bermula jam 2 petang hingga 7 petang setiap hari.
Pada tahun ini, seramai 40 penjaja terlibat, terdiri daripada 30 penjaja Semarak Kiosk Hijau
dan 10 penjaja Pusat Penjaja Semarak,
Turut hadir, Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman dan Pengarah DBKU Ramzi Abdillah. -EDISI UKAS