Lavinia, Gerald Ethan Dominasi SSC-ABAS February Roll-Off
KUCHING: Atlet tenpin boling remaja semakin mencipta nama, Lavinia Kho Jia Jie menepati ramalan selepas berjaya muncul juara keseluruhan SSC-ABAS February Roll-Off sempena Siri kedua SSC-ABAS U21 February Roll-Off 2026 yang diadakan pada 21 dan 22 Februari lepas di Megalanes Sarawak.
Beliau menampilkan aksi cemerlang untuk menjuarai kategori utama perempuan bawah 21 tahun, menewaskan Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry di tempat kedua dan Adriana Ramiza Ramulo di tempat ketiga.
Bagi kategori lelaki, Gerald Ethan Tony muncul juara keseluruhan, Mohamed Farhan Asgar menamatkan saingan sebagai naib juara, manakala Eldred Kho Yek Zhen menduduki tempat ketiga.
Sementara itu, gelaran berganda buat Lavinia apabila beliau turut memenangi kategori Sub-Divisyen Bawah 21 Tahun dengan mengatasi Adriana Ramiza Ramulo di tempat kedua, manakala Claudia Kumang Jakson di tempat ketiga.
Juara bagi kategori lelaki pula menjadi milik Mohamed Farhan Asgar, dengan Eldred Kho Yek Zhen sebagai naib juara dan Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan di tempat ketiga.
Bagi kategori Sub-Divisyen Perempuan Bawah 16 Tahun, juara menjadi milik Anathacia Gadding John Lon, Tantiana Marissa Ramulo di tempat kedua dan Arwynn Galleina Arthur Ray di tempat ketiga.
Gerald Ethan Tony pula tenang untuk menjuarai Sub-Divisyen Lelaki Bawah 16 Tahun, diikuti oleh Muhammad Qaish Rayyan Mohamad Sabri dan Saiful Iman Shah Abdullah.
Bagi kategori Sub-Divisyen Perempuan Bawah 13 tahun pula, johan dirangkul Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry dengan Kueh Wan Ting menduduki tempat kedua, manakala Joyce Lidwina Wilfred Vincent melengkapkan kedudukan podium.
Dalam kategori Lelaki, Lee Tee Ker muncul juara, diikuti Muhammad Amzar Ahmad Syukri di tempat kedua dan Tommy Kee Yong Hong di tempat ketiga.
Isabel Mok Yi Nuo pula beraksi cemerlang untuk menjuarai kategori Sub-Divisyen Perempuan Bawah 11 Tahun, diikuti Scarlette Adele Ian Macnally Majang di tempat kedua dan Syahieza Damia Syarul Nizam di tempat ketiga.
Bagi kategori Lelaki, Alfred Phang Kang Yee menjuarai acara tersebut, dengan Jonas Yap Zao Min sebagai naib juara dan Jared Yap Zao Fung di tempat ketiga.
Siri Roll-Off ini merupakan program pembangunan SSC-ABAS dan terus menjadi platform pertandingan penting bagi pemain boling remaja untuk menguji kemahiran, ketenangan serta konsistensi mereka di bawah tekanan.
Hadir semasa majlis penyampaian hadiah ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak Khairul Nizam Morshidi, Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Shaiful Bahri Shukri, Naib Presiden ABAS Robert Lu Nam Min dan Pegawai Pembangunan Sukan SSC Esther Samuel. - EDISI UKAS