TYT Sarawak & Isteri Berkenan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Di Astana Negeri
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Santapan, Surau Astana Negeri Sarawak pada Rabu.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman) Datuk Dr. Juanda Jaya bersama isteri Datin Shanti Achmend Ramly serta Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa secara sederhana dan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah.
Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi serta isteri bersama para tetamu kemudian menikmati jamuan makan malam sebelum menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah.
Majlis diakhiri dengan moreh sebagai ruang untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.
Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammed, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak Taufik Mohd Yusop, serta Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Zulkipli Sulong. -EDISI UKAS