TYT Sarawak Terima Menghadap Premier Sarawak, Sebelum MMKN
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di kediaman rasmi beliau di sini pada Khamis.
Kunjungan berkenaan merupakan prosedur rasmi yang dilaksanakan secara berkala sebelum Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan selaras dengan amalan pentadbiran serta peruntukan Perlembagaan Sarawak.
Dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu, Premier Sarawak telah mempersembahkan taklimat berkaitan kertas-kertas pertimbangan serta agenda utama yang akan dibentangkan dalam mesyuarat MMKN.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan negeri, termasuk perkara-perkara strategik berkaitan pembangunan serta kesejahteraan rakyat Sarawak.-EDISI UKAS