Projek Jalan Pertanian Kampung Danau Keranggas Melikin Dijangka Siap April 2026
BALAI RINGIN: Satu lagi projek jalan pertanian di Kampung Danau Keranggas Melikin dijangka akan siap pada April 2026.
Perkara berkenaan disahkan dalam satu majlis penyerahan projek daripada pihak Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), di sini, pada Khamis.
Projek jalan pertanian ini merupakan inisiatif pembangunan luar bandar yang bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur asas bagi penduduk kampung, khususnya dalam memudahkan urusan pengangkutan hasil pertanian serta pergerakan harian penduduk setempat.
Tuai Rumah Luang Penguang dalam kesempatan itu merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Induustri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam membawa pembangunan ke kampung berkenaan.
Pelaksanaan projek ini diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi penduduk serta memperkukuh jaringan perhubungan di kawasan luar bandar khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin. -EDISI UKAS