ADUN Baleh Turun Padang Hadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat
BALEH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai meluangkan masa menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat ke Rumah Linggi Sekeroh Oyan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat N.64 Baleh.
Beliau tiba bersama isteri dan rombongan Wanita N.64 Baleh serta warga Pusat Khidmat Masyarakat N.64 Baleh bagi merasmikan program diadakan di Rumah Linggi Nanga Sekeroh Oyan Baleh pada Sabtu.
Pada majlis tersebut, Tuai Rh. Linggi menyuarakan masalah berkaitan dengan solar rumah panjang yang sudah lama tiada dipakai lagi dan memohon ADUN Baleh menyelesaikan masalah tersebut.
Biro Wanita turut mengangkat ketiadaan paip yang bersih dan memohon agar wakil rakyat di situ mempertimbangkan untuk membina paip yang baru.
Dalam ucapannya, Nicholas Kudi mengambil maklum masalah dihadapi penduduk di situ dan akan membantu untuk menyelesaikan isu solar dan air kemudian setelah melihat keadaan serta melihat keadaan rumah panjang untuk dibaikpulih semula.
Program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan aktiviti rumah panjang. - EDISI UKAS