Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Isteri Selamat Tiba di Kuching Selepas Hadiri Majlis Rasmi di Ibu Negara
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Terminal Hornbill Skyways pada jam 1.45 petang Isnin.
Ketibaan mereka berdua disambut oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri sebelum ini berada di ibu negara sejak Khamis lalu bagi menghadiri beberapa majlis rasmi, antaranya Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Mereka berdua menzahirkan rasa syukur atas kelancaran perjalanan serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memastikan setiap majlis yang dihadiri dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. -EDISI UKAS
Kredit Foto: Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak