Premier Sarawak Santuni Peniaga Bazar Ramadan Stutong, Galak Pembayaran Digital
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meluangkan masa menyantuni para peniaga di Bazar Ramadan Stutong menerusi sesi lawatan dan walkabout pada Sabtu.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut beramah mesra dengan para peniaga selain meninjau pelbagai juadah yang dijual sempena Ramadan.
Rata-rata peniaga di bazar berkenaan juga menyediakan kemudahan imbasan kod QR bagi memudahkan orang ramai melakukan pembayaran secara digital dengan lebih cepat dan selamat.
Menariknya, Premier Sarawak juga turut menggunakan perkhidmatan imbasan pembayaran S Pay Global ketika membuat pembelian di bazar berkenaan, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
Kehadiran beliau ternyata menarik perhatian orang ramai yang teruja melihat pemimpin negeri turun padang serta turut memeriahkan suasana di bazar tersebut.- EDISI UKAS