Mobile Service 2U SUPP Bintangor Dekati Masyarakat
BINTANGOR: Program Mobile Service 2U anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor telah diadakan di Kedai Kopi Wan Long sebagai usaha mendekati masyarakat serta menyampaikan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk setempat.
Program tersebut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Ding Kuong Hiing yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, bersama ahli-ahli parti serta Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Meradong.
Program tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong merangkap Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor Datuk Ding Kuong Hiing bersama ahli-ahli parti serta Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Meradong yang turut membantu orang ramai sepanjang program berlangsung.
Melalui program ini, orang ramai berpeluang mendapatkan penerangan dan bantuan berkaitan inisiatif kerajaan negeri seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), termasuk semakan kelayakan dan proses pendaftaran.
Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat serta menjadi platform bagi rakyat berinteraksi secara langsung dengan wakil rakyat dan pasukan perkhidmatan komuniti.
Inisiatif Mobile Service 2U ini jelas menunjukkan usaha berterusan Parti SUPP Cawangan Bintangor dalam mendekati rakyat serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada maklumat dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.-EDISI UKAS