Majlis Berbuka Puasa Bersama KRT Tellian Erat Silaturahim Komuniti
MUKAH: Majlis Berbuka Puasa bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tellian berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan apabila penduduk setempat berkumpul bagi mengeratkan hubungan silaturahim sempena bulan Ramadan.
Majlis yang diadakan di Kampung Tellian itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dengan meluangkan masa beramah mesra bersama komuniti setempat yang berlangsung di Kampung Tellian pada Sabtu.
Sehubungan itu, program berbuka puasa yang dianjurkan seperti ini mampu memperkukuhkan hubungan antara penduduk selain menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Pada masa sama, ia memberi ruang kepada masyarakat untuk berkumpul dalam suasana penuh harmoni serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti. -EDISI UKAS